ITU BUKAN AKU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz!!
Mata masih segar meskipun jam sudah menunjukkan waktu 12.11 tengah malam.. Huhuhu.. Kan hari ini tidur saja kerja aku.. Membalas dendam setelah beberapa hari sibuk melaksanakan tugas sebagai kawan dan manusia.. Hehehe

Nak ku sampaikan sedikit cerita mengenai tajuk entry malam ini.. Yea.. Bermula dengan aktiviti dekat Party Box then moved ke B.E.D dan semalam di Tanjung Aru First Beach Cafe.. Semuanya kerana memenuhi permintaan kawan untuk menjadi pengacara bagi program kelolaan diorang.. Semua tempat ni di klasifikasi sebagai Pub hokeyy..


Dan berakhir di Tanjung Aru semalam.. Betol-betol di hadapan laut.. AKu dapat merasakan ada satu bahasa yang memberitahu kalau itu bukan jiwa aku yang sebenarnya.. Aku melakukan semua itu bukan atas keinginan aku.. Meskipun begitu, Insya-Allah, aku ikhlas dalam menolong kawan-kawan aku.. Boleh saja aku menolak.. Tapi, ku rasakan tidak manis memandangkan mereka baru sahaja aku kenal.. 

Keadaan itu menyebabkan kehidupan aku sedikit huru hara.. Siok jugak sebenarnya dapat melakukan aktiviti bersama mereka.. Namun, semalam keseronokan yang aku cari tetiba padam sekelip mata apabila melihat lambaian ombak dari jauh.. Deruan ombak itu langsung tidak aku dengar dek bunyian muzik yang memecah keheningan malam..

Bermula dengan menyaksikan perlawanan bola sepak antara German dan Italy.. Berakhir dengan perlawanan hebat Italy dan grup favurit aku.. Espana.. Dapat ku lihat, di setiap wajah mereka tercalir rasa gembira yang sukar diungkapkan.. Aku? Sejujurnya aku sedang menipu mereka secara sembunyi.. Meski wajah aku mengukir senyuman, tapi hati aku terasa sangat kosong.. Minda aku merewang memikirkan seseorang di hadapan laut itu.. Kekecewaan dan kesedihan bertukar ganti.. Nasib baik aku berada jauh dari lokasi dimana tempat pertama aku bergayut dan merakam suara dia.. Goshh!!

Bergerak pulang dalam keadaan yang berbau hapak.. Hanya sempat mandi dan bersalin pakaian dan terus memulakan tugas pertama hari ini.. Mood ceria di sebarkan di segenap ruang dalam konti.. Alhamdulillah.. AKu berjaya melakukannya.. Bertugas sehingga jam 10 pagi.. Lewat jam 11, mata semakin meminta untuk di tutup.. Namun tuntutan tugas mendesak untuk aku menangguhkan niat itu.. Jingle Ging Bubut, Jingle Kata Kunci dan Borang OT.. Semua aku siapkan sehingga menghampiri 3 petang.. Makan? Langsung tidak berselera.. Hanya teh tarik dan teh o ais yang menjadi peneman sepanjang durasi itu..

Selesai melakukan semua itu.. Aku memandu pulang ke rumah.. Hanya menanggalkan apa yang tersarung di badan sebelum merebahkan diri di tilam yang berselerak seperti kemarin malam.. Langsung tidak berkemas.. Seketika aku melayan kebahagiaan di atas tilam yang aku rindui sejak semalam..

Tersedar dari lena sebaik HP aku berdering.. Tapi langsung aku tidak perdulikan.. Berkhayal seketika di atas tilam.. Jam menghampiri 7 malam.. Ku capai HP dan membuat panggilan balas.. Bos aku call.. Selesai bab itu, aku membuka sms dari adik aku.. Terus aku buat panggilan kepada Mak aku menerusi telefon bimbit bapak.. 45minit masa aku habiskan bergayut bersama wanita yang aku sayangi itu.. Semuanya terluah di sana. Perasaan bercampur baur..

Selesai itu.. Aku mandi dan layan tv seketika sebelum mengupdate entry dekat blog ini.. Masih memikirkan banyak perkara yang menyerang diri.. Dan tidak henti doa ku pohon, Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada aku untuk melalui semua ini.. Dan semoga laluan lebih bahagia menanti di penghujung cerita.. Insya-Allah.. Aku sangat memikirkan hal yang berlaku semalam.. Dan aku rasa, tiada episod kedua atau ketiga untuk aku melakukan aktiviti itu..

Meletakkan dia di satu sudut dalam kehidupan yang dipanggil sebagai pengalaman.. Ku harap ianya akan lebih mendewasakan.. Apapun, tidak seharusnya menyesal.. Yang penting keazaman untuk tidak mengulanginya lagi.. Kan? Kan? Kan?

Kegembiraan terus merasuk atas kemenangan Spanyol.. Walaupun England dah tersingkir lebih awal.. Tapi.. Haruslahhh puass dengan penghujung cerita EURO 2012.. Hoh.. Jom titunn.. Nunite olz!


No comments: