JERITAN BATIN KU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepp Olz!
Ngeeee~~ Jam 1 pagi aku lom tidor.. Sebab hari ni aku balik umah awal dan amik masa untuk tidor sadja.. Kan hujung minggu aku dah tiada.. Uhuhuhu~~ Sodey la bah.. Hurmm.. Baru jak selesai menengok cerita 'Ibu Mertuaku' dekat tv2.. Murah betol ayer mata aku hari ni.. Huhuhuhu..

Yang pasti, bangun ja petang tadik aku terus mandi dan ke pasar dekat bawah tu.. Beli barang keperluan untuk memasak 'berob-bok'.. One of Buginess Dish.. Alah! Kalu sekarang ni kita panggil sup jagung.. Ehehe.. Tapi, laen sikit lor.. Cuma ala-ala lah.. Aku masak untuk kawan satu ohpiz aku.. Tetiba lax dia suh aku masak.. Maklumlah, kalu dah mengidam tu, apa-apa pun di ngapp saja.. Sebelum ni dia mintak aku masak ikan.. Alhamdulillah, tidak megecewakan. Tak silap aku, ada jugak aku share kat sini.. Kan? Kan? Kan?


Bahan semua dah ready.. Tinggal baling jak dalam periok sok pagi.. Huh! Jam berapa agaknya aku bangon esok kan.. Uhuhuhu.. Sesambil melayan mata tuh, sempat gak aku mendobi.. Bilik aku dah bersepah dengan baju kotor yang tersimpan seminggu lamanya.. Malas nak bertangguh-tangguh lagi.. Takot aku tiada masa lax esok lusa.. Selalunya, balik ja terus menghampaskan diri atas tilam.. Jam dah lewat malam.. Huhuhu.. Beza hari ini, aku balik awal..

Back to the title.. Hari ni kira 3kali aku nagez dalam waktu yang berbeza.. Waktu awal pagi.. Awal petang dan lewat malam.. Cengeng siot aku nih.. Dah tuak pun masih mau touching-touching bagai..Menyampah gak kekadang.. Uhuhu.. Pertama, aku nagez sebab adik aku lor.. Asyik sms aku dan mendesak untuk aku melakukan sesuatu untuk dia.. Aku bukan ndak mo tolong atau sengaja memberi alasan.. Aku juga punya kehidupan di sini.. Sedangkan aku cuma minta dia bersabar sedikit.. Ntah! Dia jgak yang mencari jalan salah.. Then sekarang mintak aku tolong selesai semuanya.. Aku suruh la dia cakap dengan mak dan bapak.. As usual, dia ndak mau.. Huh! Berurusan di telefon memang payah.. Aku suh tunggu nanti aku balik tyme raya (insya-Allah) namun dia tetap berkeras dengan keinginannya.. Bikin panas betull.. Sudah tau mintak tolong, maka bersabar la sikit.. TAPI, ndak la sampai hati aku mengherdik adik aku tuh.. Aku sayang diorang wei.. Mesti jaga hati.. So, aku buat saja lah.. 

Kedua.. Abis ja tugas pagi aku lepak dekat ohpiz as usual.. Lepas mengadap bos pasal tugasan baru jingle.. Hani ajak pegi voicing iklan.. Aku ikot jerk.. Dah tiada kerja kan.. Dalam perjalanan pulang tuh, aku terserempak ngan Kak Mas.. Dia sempat melirik ke aku dan berkata sambil berbisik 'Kakak ada sesuatu mau cakap' Huh! Aku exited nak tau.. 'Pasal apa kak?' Dia yang dalam perjalanan ke konti berhenti sekejap dan menjawab 'Pasal kau' dan terus berlalu tanpa mengendahkan aku.. Tetiba aku rasa berdebar.. Laen macam ja Kak Mas nih.. Hurmm.. Menanti dengan penuh sabar..

Dalam jam 2 gitu.. Aku tengok Kak Mas masih lagi asyik membuat editing pasal rancangan dia.. Aku sudah mau pulang nih.. So, aku pegi jumpa dia.. Bagi memastikan keadaan sedikit privacy, aku tutup pintu bilik editing tuh.. Tinggal kami dua ja.. Dan aku mula mendesak.. Akhirnya, Kak Mas meluahkan kerisauan sama yang dikongsi oleh kengkawan dari ohpiz lama di Tawau.. 'Pilih Kawan'

Habis aku di cuci oleh Kak Mas.. Aku hanya mampu mendengar.. Setelah itu, aku mula bersuara.. Bercerita mengenai kesengsaraan hidop aku di KK ni.. Kak Mas dapat meneka dengan tepat kesengsaraan yang begitu hebat sedang melanda aku.. Dan dia memuji kerana aku bijak menyembunyikannya.. Semakin aku meluah, semakin sebak terasa di dada.. Sehinggalah segalanya terasa tidak tertanggung.. AKu menangis depan Kak Mas.. Malu gilakk!! Aku hanya mampu menekup muka dengan baju.. Sempat lagi ketawa supaya aku boleh kembalikan semula semangat aku.. 

'Saat.. Sejak kau di KK ni banyak dah perubahan yang kakak dan kawan-kawan tengok. Bukan niat mau menyibuk, tapi boleh kah kalau ko jadi macam saat yang kami kenal dulu? Kau tau.. Sekarang ni semua diorang salahkan si Lai (Mak Hayy) tapi diorang tetap juga salahkan kau.. Sebab, kalau kau tidak mengizinkan benda tu berlaku, maka kau tidak akan terjebak macam sekarang.. Ndak salah berkawan dengan diorang.. Tapi jangan terlalu rapat.. Semua kawan-kawan sayang dengan kau dek.. Dan kami ndak sanggup menengok perubahan kau ni.. Cuba bayangkan kalau mak bapak kau tau hidop ko begini'

Ya Allah!! Hukuman apa yang sedang mereka jatuhkan kepada hamba mu ini?? Susah sangatkah mereka untuk memberikan sedikit rasa percaya atas diri aku?? Sedih sangat sebenarnya.. Dan semua ini menyedarkan aku bahawa jalan ini tidak sesuai untuk terus aku lalui.. Dan aku tidak tahu harus bagaimana.. AKu takut sendiri.. Aku tidak boleh berseorangan bah! AKu ndak pandai cari kawan! Aku malu kak.. Kenapa semua orang pandang aku pakai 'mata dan telinga'?? Kenapa tidak pandang aku menggunakan 'mata hati dan nurani'?? Semua pun meninggalkan aku begini.. Hurmmm~~

Sebelum meninggalkan aku berseorangan di bilik editing, kak mas berpesan pada aku.. 'Kami sayang kau dek.. Sebab itulah kami care sangat dengan kau.. Hari ini kau boleh cakap apa saja.. Tapi, apa yang kau cakap hari ini, boleh saja berubah hari esok..'

Ndak lama.. Sekejap jak aku nagez pown.. Malu bah.. Tapi, Kak Mas ni aku dah anggap macam ibu aku pown.. Dulu di Tawau, kami semua rapat.. Dan bila dia di pindahkan ke KK awal Mei lalu, maka dia dipertanggungjawab untuk memerhati aku di sini.. Thankz olz.. Aku terharu :((

Balik rumah dalam jam 3.30 petang.. Memandu dengan tenang.. Kepala masih memikirkan benda yang sama.. 'Kehidupan'.. Sampai di rumah, aku buat panggilan pada bapak aku untuk bercakap dengan mamak.. Aku luahkan rasa rindu dan bercakap mengenai beberapa benda... Selesai bergayut dengan mak, aku terus berfikir dan terlelap..

Yang ketiga.. Aku nagez sebab ndak tahan melihat watak Kassim Selamat membawakan lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' dan Jeritan Batin Ku.. Penuh emosi, menjiwai dan syahdu.. Depan tv jugak aku nagez.. Hurmm.. Juz rememmbering someones yang sudah jauh.. Esok nak cerita pasal 'U Turn'.. Gud Nitez semua..

No comments: