POSITIF

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepzz Kengkawan!! 
Dah dekat 10.30 malam lol.. 'Gud Nitez'.. As usual, inilah ucapan aku dalam hati.. Ehehe.. Dalam hati jak lor.. Ndak bulih kasi zahirkan tu ucapan.. Ermm.. Back to the title.. Sure! Semangat positif itu sudah meresap dalam hati.. Bukan bermaksud aku ambil mudah akan perkara yang melanda.. Namun, aku rasa tiada gunanya aku bersedih terus.. Bak kata someone 'tak salah mencuba dari memberi alasan'..

Dan itu yang aku lakukan hari ini.. Siyes.. Sejak semalam! otak aku macam ndak bulih bergerakk.. Rasa macam hina betol.. Jahat sangat aku menjadi kawan.. Dan aku rasa dugaan ini cukup hebat untuk seorang yang masih keanak-anakan seperti aku.. Belum satu, satu lagik datang.. Hati ni pun belum sembuh dari pedihnya.. Hurmm.. Maka, aku menyambar HP ketika habis shooting dilakukan dan terus membuat satu panggilan.. Tidak berjawab.. Sekali, dua kali dan tiga kali.. Hurmm..Putus asa? Tidak! Bukan! Cuma memberi dia masa untuk melupakan seketika masalah 'aku' dalam fikiran dia..


Hari ini berkonti sensorang.. Kawan aku yang sepatutnya berkonti bersama di hantar ke Ranau untuk Pesat Moginakan di Kampung Nunuk Ragang.. Alhamdulillah, meskipun kelam kabut.. Semuanya berjalan seperti yang aku rancangkan.. Masa on-air juga merupakan masa untuk aku membuat sedikit kajian tentang bahan yang perlu aku kongsikan masa shooting. Dan, masa siaran juga aku kena call beberapa orang untuk membuat laporan.. Dan! huh.. Ada dan lagik.. Masa on-air juga aku di make-up supaya ndak kelambatan..

So, bagaimana bz pun kamurang gambarkan dalam kepala, bz lagi aku yang merasa.. Sampai terlupa nak call Hj Awang yang sedang berada di Kuantan, Pahang untuk laporan SUKMA (Sukan Malaysia) ke-15.. Sioknya dia.. Tempat yang perlu aku jejaki.. Bukan sekarang.. Tapi, satu hari nanti.. :)

Selesai tugas jam 9 pagi.. As usual, hari ahad ada rakaman carta yang dalam sejarah aku mengedit paling lama.. Semalam lah kesnya.. Sampai nagez-nagez dan terus tertidur.. Hoh!! Bisa-bisa kan.. Kalau ku ingat balik.. Sedih pun iya.. Lucu pun iya jugak.. Hurmm.. Biasalah tu.. ABG.. Anak Baru Gedek!! Emosi pun ndak pandai kawal.. Entah sampai bila aku akan jadi begitu..

Jam 10 aku ngan juru make-up aku si Nurul bergerak ke lokasi penggambaran iaitu Yayasan Kebajikan 1 Suria dekat Tuaran.. Alhamdulillah.. Ndak juga lambat.. Bebudak situ semua yatim dan piatu serta dari golongan yang kurang mampu.. Shooting berlangsung dengan smooth sehinggalah lewat jam 3 petang.. Abis ja shoot untuk part aku.. Rebat CSL aku yang sentiasa comel tu.. Dan membuat lagi panggilan.. Tapi kali ini untuk kawan aku yang satu lagik.. Nama dia Jess.. Dia budak Terengganu.. 7 tahun dah stay dekat Sabah.. Dan insya-Allah, Ogos 2012 nanti dia akan fly balik ke negeri dia.. Hurmm.. Dia cerita semuanya..

Dan aku rasa cukup bertuah kerana memiliki kawan yang begitu mengambil berat dan menghargai aku seadanya.. Nyata tanggapan aku tidak salah.. Memang benar mereka marah dengan aku sebab aku bekawan dengan orang yang tidak sepatutnya.. 'Kalau kita nak kenal dengan seseorang tu cukup mudah.. Kalau malu nak tanya dia personally, cuba tengok sekeliling dia.. Kawan dia dan pembawakan diri dia' .. Thankz kengkawan.. Rasa bertuah sangat.. Tapi, kamu tidak memberi peluang langsung kepada aku untuk menjelaskan apa-apa.. Sehingga kamu menghukum aku seberat ini.. Ya Allah! Sakit sungguh rasanya..

Seharusnya kamu mengerti mengapa aku melakukan ini.. Yea! Memang aku kecewa bercinta.. Memang dulu aku sering ditemani dengan kuasa cinta sms.. Dan setelah hidup aku agak tunggang langgang, maka aku berfikir.. Mengapa tidak aku mencuba untuk mendekati mereka? Mendekati bukan bermaksud aku mengikuti segala keadaan mereka.. Rutin aku masih biasa.. Alhamdulillah.. Sehingga hari ini aku masih bisa mengawal diri sendiri.. Cuma kekadang, aku terpaksa mengikut kehendak mereka, kerana memikirkan tiada siapa yang aku miliki selain diorang-diorang tu semua..

Aku cuma rasakan bahawa kamu terlalu risau dengan aku.. Terima Kasih sangat!! Tapi, boleh kah kamu berikan sedikit rasa percaya itu pada aku? Percaya kalau aku boleh melakukan semuanya.. Dan percaya, dengan adanya bantuan kamu, nasihat dan 'hinaan' kamu.. Aku bisa kuat.. Tapi, ndak sangka.. Melangkah pergi meninggalkan aku dengan begitu mudah.. Siapa aku untuk mengikat kaki kamu dari terus bersama aku kawan-kawan ku?? Siapa aku??

Tapi, jangan risau.. Aku dah faham dah semua.. Dua pilihan yang diberikan.. Pertama, TINGGALKAN mereka atau aku DITINGGALKAN oleh kamu.. Inysa-Allah, tiada siapa yang akan ditinggalkan atau meninggalkan.. Melainkan dengan kehendak dan izin-Nya jua.. 

Bila aku fikir balik, kerisauan yang kamu zahirkan itu memang ada asasnya.. Syaitan adalah penghasut yang paling hebat... Sebab itu, aku boleh menyatakan kenyataan hari ini.. Dan kamu sedang memikirkan tentang hari esok yang masih samar.. Kamu begitu risau akan diri aku yang 'esok'.. Baiklah.. Memulakan langkah baharu.. Seharusnya kamu tahu apa jawapan aku kan??

Positif saja..

No comments: