Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hyeppzz :((
Sumpah! Mood aku hari ni sangat sedey bila membuka FB dan seorang daripada rakan baik aku meluahkan rasa tidak puas hati dia dengan aku.. Katanya aku banyak berubah dari yang dia kenal dulu.. Dan semua ini membuat aku semakin keliru.. Hurmm..
Dia merupakan seorang kawan yang aku kenal masa kami belajar dulu.. Aku dah anggap dia kakak aku.. Kalu ada apa-apa di KK ni aku selalu mengadu dengan dia.. Dan dia juga selalu nasihatkan aku.. Huh! Sesungguhnya beruntunglah kamu jika aku sudah tidak memperdulikan kamu.. Kerana sesungguhnya, kamu akan terlepas dari bahana seorang kawan yang tidak tahu menghargai hasrat dan perasaan kawan yang lain.. Bodohnya aku!!
Menyesal?? Sudah tidak berguna.. Katanya, dia tidak membenci aku.. Cuma dia agak terkilan melihat perubahan yang sungguh banyak berlaku ke atas manusia bernama Saat ni.. Aku tahu, kalau dia kecewa rentetan kejadian 21 hingga 23 Jun yang lalu.. Aku mematikan dan menutup semua pintu untuk mereka bersama aku.. Sedangkan mereka ingin sangat melakukan sesuatu untuk aku pada hari lahir ku.. Maaf! Aku ndak bulih.. Dan aku sangat sedih bila meraikan hari jadi..
Esah! Aku minta maaf andai aku telah melukakan hati kamu.. Kamu adalah antara kawan aku yang terbaik jugak.. Rajin memberi teguran.. Pasal sembahyang especially.. Dan mungkin sudah terlalu banyak kesedihan yang aku lontarkan kepada kamu sejak akhir-akhir ini membuat kamu kecewa dengan aku.. Esah! Percayalah.. Dengan meninggalkan aku, kamu tidak mampu merubah apa-apa.. Dengan memerhati, dan membuat penilaian, hati kamu akan lebih terguris.. Tolonglah aku!!
Kalau sebelum ni, aku menghabiskan masa sendirian di rumah.. Di tepi laot sehingga larut malam.. Tapi, sejak beberapa bulan lalu, aku semakin rancak berteman dengan 'kupu kupu malam'.. Yeah! Aku tidak nafikan itu.. Dan sekarang ni aku sudah meninggalkan solat.. Sudah jauh menyimpang pun.. Masuk keluar pub yang sedangkan sebelum ini aku langsung tidak pernah jejak.. Tapi, belum setitis pun air syaitan itu mengalir di tekak aku.. Melainkan beberapa insiden yang pernah aku luahkan padamu sebelum ini..
Aku tau ko kecewa dengan perubahan aku yang sangat drastik begini.. Dan aku juga bimbang dengan perubahan aku Cik Esah!! Sesungguhnya aku manusia yang hina.. Sering menagih simpati dengan ko bila aku mempunyai sebarang masalah.. Merayu meminta pendapat dan jalan keluar.. Dan mungkin kamu kecewa bila nasihat yang kamu beri itu kelihatan seolah aku tidak manfaatkan.. Percayalah.. 27 Tahun hidop aku di dunia.. Menipu kalau aku tidak pernah fikir akan semua yang pernah kau ungkapkan.. Segala nasihat yang engkau alirkan.. Tidak sia-sia sebenarnya.. Dan teguhnya aku di sini juga disebabkan nasihat yang masih aku simpan.. Bagaimana nih?? Sekali lagi aku gagal dalam mempertahankan suatu hubungan..
Mesej yang kau hantar betul-betul memberi kejutan pada aku.. Ini kali kedua aku mengecewakan kamu.. Sekali masa belajar hari itu.. Malangnya, aku masih gagal dalam bab pujuk memujuk ni.. Hentikanlah tagismu demi seorang insan yang tidak berguna seperti aku.. Aku akui, kalau aku bukan kawan yang terbaik.. Bahkan sering menyakiti dari menyayangimu.. Namun, mengapa kau berputus asa untuk memberi tunjuk ajar pada aku untuk menjadi kawan yang baik bagi ko? Atau ko juga mempunyai impian sama seperti orang lain.. Ingin melihat aku hancur di mamah nafsu yang masih belum mampu aku kawal? Sehingga aku gila dengan diri sendiri?? Hurmm.. Ya Allah!! Dugaan apakah ini??!!
Saat...Bila2 masa Dia mahu menarik nyawa hamba2Nya...Dia tidak kira sama ada org itu muda, kuat, ensem, wangi atau berbakat dan punya ramai kwn. Kalau dia perinthkan utk kita menemuiNya...biar pun dlm keadaan kita sedang bergelak ketawa dan bersuka ria...pasti ajal kita tetap datang. Jadi..apa yg kita mahu bawa utk tunjukkan kpdNya yg kita hamba yg selalu menjaga solat dan m'amalkan semua perintahNya dgn ikhlas???hamba yg tidak henti2 memohon ampun dan petunjuk??hamba yg selalu cinta dan syg Tuhannya??adakah amal yg kita bawa sudah mencukupi???marila bersama2 kita renungkannya Saat...
Satu yg sy mahu bgtau...sejak byk bfikir tntg ko, sy selau sedih, hati sy selalu lemah...dan akhirnya sy lebih byk menangis. Smpi bila Jess tanya psl ko, sy lebih rela ckp jgn dulu ckp psl Saat sbb sy xmau sedih dpn dorang...Jaga diri baik2, jaga kesihatan, mkn dgn t'atur...baibai (T.T)
Dan aku akan simpan mesej ini dan cuba mengumpil kata positif disebaliknya.. Aku sayang ko!! Dan akan tetap sayang ko.. :((
No comments:
Post a Comment