JUAL BELI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmmm...
Alhamdulillah, baru ja selesai sahor.. Dah imsak dah pown dekat Kota Kinabalu nih.. Dan pasti, masa terus bergerak meninggalkan kita.. Aku sahor ngan beberapa biji kurma ngan air putih sahaja.. Kalau ikot sunnah, Makan kurma ngan minom susu.. Tapi, malas lax aku nak buat susu pepagi nih.. Sambil bersahor ku tengok siaran langsung bola sempena Olimpik London 2012 dekat tv2. Bellarus menang 1-0 mengalahkan New Zealand..

Habis jak bola, terus tengok drama dekat tv3.. Macam siok drama ayer mata tuh.. Ntah apa tajuk drama tuh.. tapi, aku tertarik ngan dialog diorang.. 'Selama 16 tahun kau menghambakan diri dekat umah aku ni.. Segala kebaikan, ketaatan, pengorbanan dan kasih sayang kau aku bayar. Dan penat lelah kau tu aku hargai dengan berikan kau bonus. Duit tu nanti, kau boleh guna untuk naik Haji, memandangkan kau pun dah tua.. Dah insaf..' Kata tuan rumah yang Egois dengan perasaan benci pada pembantu rumahnya.. Dan dengan deraian air mata, si pembantu rumah membalas 'Cukuplah segala usaha dan penat lelah aku yang kau bayar dengan gaji aku 600 sebulan.. Terima Kasih saja dengan wang bonus tu.. Kasih sayang dan pengorbanan aku bukan untuk di jual beli..' Katanya.. Maka, muka sentap lah si tuan rumah yang egois itu..
Tetiba aku terfikir mengenai hal itu.. DI dunia yang serba canggih ni, ndak dapat ku nafikan kebenaran kata-kata itu.. Lelaki cukup bangga bila memiliki kekasih yang cantik dan pandai bergaya.. Sedangkan wanita ndak kisah semua tu asalkan dompet lelaki tu padat dan kembung dengan wang tunai.. Paling tidak, kad kredit.. Bukan sekadar kata-kata, malah dibuktikan dengan persekitaran aku.. Betul! Ada ramai kenalan aku yang kelihatan dipergunakan dengan wang ringgit. Tapi, macam diorang ndak kisah.. Maklum sajalah, duit dah sah-sah banyak.. Nak dilaburkan ke benda lain memang dah mampu.. Sesambil tuh, melabur pulak untuk mendapatkan kasih sayang orang lain.. Bukankah itu kasih sayang yang palsu namanya?? Bagaimana nak mendapatkan kasih sayang sebenar kalau begitu?? Hurmm..

Bagi aku, kunci paling utama adalah Ikhlas dan Jujur.. Walau apa pun, kembalilah kepada dua benda ini.. Sebab dari dua perkara ini, perkara-perkara lain dapat ditangkis dengan mudah.. Percaya adalah tonggak kepada keduanya.. Aku ndak kisah, kamu bagaimana atau siapa.. Janji dua perkara ini ada bersama menghubungkan kita.. Jauh ka, dekat ka, sama saja ceritanya kalau dua sifat ini tiada.. Kalau setia, buktikan dengan jujur dan ikhlas.. Percaya.. Semuanya akan kelihatan telus dan nyata secara sendirinya.. By tyme, sifat sebenar itu akan muncul.. Sebab itulah kes perceraian meningkat agaknya.. Ditambah sebab memilih berdasarkan rupa dan mencinta kerana harta.. Bila semuanya itu 'lenyap' sedetik masa diperlu untuk pasangan beralih arah.. Owhh~~ Pedisss..

Tapi yang pasti, hati, cinta dan kasih sayang aku bukan untuk diperdagangkan.. Kerana aku bukan boneka.. Inysa-Allah, sayang aku ikhlas.. Semulajadinya insan biasa, aku mencuba dan terus teguh berusaha.. Walau malar diuji dengan pelbagai kesakitan sehingga merasai nikmat kehinaan yang terkadang menyebabkan aku lemah.. Tapi, belum pernah sekali aku terkulai dan berhenti untuk menyayangi.. Kerana aku juga sedang mencari kasih, sayang dan cinta yang tulus ikhlas mengisi kekosongan itu.. 

No comments: