MELESET

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppz Fellaz!!
Dah lewat malam.. Jam 1.54 tengah malam.. Dan aku belom tidor.. Even awal hari ini aku bertugas pagi.. Huhuhuhu... Actually aku baru sampai rumah.. Baru lepas mengambil Kak Mas dekat airport.. Sepatutnya arrived jam 10.30 namun kerana cuaca yang kurang mengizinkan, maka aku menunggu sehingga jam 1 tengah malam.. Huh! Mengikut cerita Kak Mas, dua kali try untuk landing, tapi ndak dapat.. Last-last, ndak pasal-pasal melancong sekejap di airport Brunei.. Huhuhuhu.. Aku jugak yang kekeringan menunggu..

Kalau melihat pada post sebelum ini berjudul 'Perancangan'.. Jelas sekali kalau semua yang aku rancangan tidak begitu menjadi.. Cuma yang paling menjadi adalah xtvt shopping aku bersama si Alex.. Hahaha.. Sepatutnya dia gerak balik Tawau hari ni jam 2 petang.. Namun, kerana 'gila' melihat promosi jualan di kadai, maka dia menangguhkan niat untuk pulang awal.. Alang-alang dah di 1Borneo, maka mencuci mata dengan pelbagai barangan yang murah murah gilaa.. 


Dan as usual aku tidak banyak duit.. Macam Alex tu ada Kad Kredit.. Siok ja ku tinguk dia swipe sana.. Swipe sini.. Fuhh~~ Tercabar seketika niat hati untuk tidak memiliki kad hutang itu.. Huhuhuhu.. Hanya yang ku fikirkan perlu saja akan ku beli.. Kasut Karaja.. Hihihihi.. Begitu banyak tawaran harga murah.. Namun, aku masih belom puas hati dengan 'gaya' nya.. Dari yang branded sampailah yang tiada jenama.. Semua mesti pikir.. Sampai Alex mengadu sakit kaki.. Hahaha.. Dia pun mengakui kalau aku sangat cerewet dalam membuat pilihan.. Dan aku akui jugak kalu ko 'macam mak nenek' berleter dengan aku.. Ehehe..

Penat menjelajah mall.. Kitorang berhenti dekat Starbucks.. Minom-minom dan makan-makan.. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di restoran itu.. Bagi aku, biasa saja.. Cuma yang bikin mahal, jenama dia.. Ada satu tempat di City Mall.. Olde Kopitiam.. Lagi sodap 'Kopi Susu' dia daripada 'Kopi Karamel' persembahan restoran ini.. Kesimpulan yang aku buat, memang hanya orang mampu, dan ada 'taste' saja yang selalu masuk sini.. Tapi, antara dua kesimpulan itu, alasan lebih kuat pada 'orang mampu'.. 

Jam 5 sambung lagik window shopping.. Menunggu masa untuk menghantar Alex jak nih.. Sesambil kan.. Sekali, terpandang pada set 'belt, pen dan wallet' dekat Parkson.. 'terliur' pulak aku melihatnya.. Dompit aku dah usang lol.. So, decided to take one of it.. Berbaloi jugak.. Ah! Amik yang murah-murah sudah.. Hihihihi.. 

Oh! Jam 2.17 pagi sudah ni.. Huhuhuhu.. lapar pulak bah.. Aduii~~ Selalu betol begini.. Dan langkah terakhir adalah, memujuk hati supaya bersabar menanti pagi.. Sebab tulah aku sungguh slim.. Kena tiop angin terus rebah.. Hohohoho..

Eh! Hari ni ada orang kasi dedicate lagu ngan aku.. Judulnya Istikharah Cinta.. Siuk jugak lah.. Aku tersenyum membaca liriknya.. Tapi, sedikit sedey apabila membaca setiap makna tersirat dalam lagu itu.. Sempat jugak menjadi pengarah dalam lakonan maya di kotak fikiran.. Oh! SUngguh aku merindui keadaan dulu.. Tiada siapa yang bisa menggantikan dia kini.. Dan aku mulai nekad, mau melakukan sesuatu.. Walaupun aku sedang menipu diri..

Yang pasti, jangkaan untuk mengemas rumah hari ini tidak tercapai.. Sasaran untuk menyaksikan pelem Korea juga gagal.. Semua meleset dari percaturan.. Bak kata pepatah.. Kita hanya merancang.. Namun Allah yang menentukan.. Hurmm.. Jam berapa agaknya aku tersedar 'esok'..?? Dan bagaimana besarnya rindu aku pada seseorang sepanjang hari esok??

No comments: