NISFU SYA'ABAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hai korang...
Tetiba mood sangat tidak keruan.. Ntah ar.. Teringat dengan kisah yang lepas.. Menangis tanpa air mata.. Pedih sungguh rasanya.. Baru tiba di rumah setelah seharian sibuk. Walau sebenarnya aku tidak tahu apa yang aku sibukkan hari ini..

Bermula dengan bertugas konti bersama Saitoh sehingga jam 10 pagi.. Membuat jingle dan Voice Over untuk dihantar kepada unit pemasaran sebelum di serahkan kepada pengiklan. Jika rezeki, maka job lepas ni akan lebih banyak.. Insya-Allah..


Mengupdate FB baharu.. Memuat naik gambar aktiviti di FB Kakanda Saat dan selepas itu lunch bersama Mummy di kantin.. Macam setahun lebih ndak makan di kantin tuh.. Orang kantin pun naik hairan. Selalu kami maen tapau dan makan di ohpiz ja.. Entah mengapa hari ni Mummy aku bernafsu makan di kantin.. So, aku temankan saja.. Duduk sehingga pukul dua.. Bercerita dengan uncle dan seorang rakan baharu yang sudah lama kami kenal.. Dahulu bertugas di Sandakan.. Tapi kini bertugas di KK setelah menerima tawaran kenaikan pangkat..

Sempat gak aku bersembang dengan penerbit aku.. Ada kesedihan di lubuk hati tatkala mendengar berita yang dia sampaikan mengenai aku.. Hurmm.. Entah! Yang pasti, aku harus tabah dan anggap semua itu dugaan yang mengajar orang baharu seperti aku.. Alhamdulillah.. Ilmu 'positive' yang dia tinggalkan semakin aku kuasai.. Kerana aku fikir, aku tidak akan pernah belajar tanpa sebarang teguran daripada mereka yang lebih arif.. Cuma yang aku kesalkan, kenapa tidak cakap terus dengan aku?? Kenapa perlu cakap dengan orang lain?? Walau mungkin ia menyakitkan, namun.. Bukankah lebih kelihatan jujur jika terus berterus terang secara profesional dengan aku? Aku lagi suka sebenarnya..

Selepas itu, naik ke pejabat dan membuat persediaan untuk meeting jam 3 petang.. Meeting berkenaan KIK berlangsung sehingga jam 5 petang.. Selesai meeting, terus berjumpa dengan penerbit aku untuk membincangkan hal mengenai shooting yang akan berlangsung pada Ahad ini.. Perbincangan diiringi sedikit gosip itu berakhir jam 6.30 petang..

Seketika HP aku berdering. Ada suara asing menyapa di hujung talian. Katanya kenalan kepada kawan aku. Tanpa prejudis, aku menerima ajakan dia untuk berjumpa di KK TimesSquare jam 7 malam.. Hujan membasahi bumi KK.. Memandu perlahan.. Dan setibanya di sana, aku diperkenalkan dengan satu program seakan MLM.. Ah! Terasa tertipu pulak.. Cuba memberikan sepenuh konsentrasi atas maklumat yang dia terangkan.. Entah lah.. Hati melonjak keriangan ingin mencuba.. Tapi, semacam ada satu perasaan yang menghalang dan mengatakan tidak.. Akhirnya, aku bersuara 'give me tyme to think' dan saudara itu mengangguk.. Yang pasti, aku melihat 'peluang' itu sangat jelas.. Cuma...

Pertemuan itu berakhir jam 9.30 malam.. Melihat HP.. Ada 4 mizcall.. Dari Abg Boi si pemilik salun dan Mak Hayy.. Mengajak untuk bertemu di BB Cafe.. Huhuhuhu.. Tanpa berfikir panjang, aku mengiyakan saja.. Setibanya di sana.. Kelibat Mak Hayy, Fazone, Abg Boi, Azman dan Kak Ucik.. Walaupun aku merasakan kepenatan yang teramat.. Namun, sebagai kawan aku cuba untuk kelihatan ceria dan segar.. Tapi, mata aku yang kelihatan merah dan lesu tidak dapat menyembunyikan keletihan.. Jam 11 kami bersurai.. Abg Boi dan Kak Ucik tumpang aku balik.. 

Selesai menghantar mereka pulang.. Setibanya di rumah, jam sudah merakam waktu 11.45.. Mandi dan menghampaskan diri di atas tilam yang masih sama keadaannya seperti awal pagi tadi.. Tidak lengkap rasanya malam ku jika tidak mengupdate blog.. Kerana mata sedikit segar setelah mandi.. AKu gagahkan diri untuk merakamkan perkara yangberlaku pada hidop aku di malam Nisfu Sya'aban ini..

Dan yang pasti, malam dimana buku amalan bertukar kepada edisi yang baharu.. Dan keadaan ini yang membangkitkan aku untuk mengimbau segala yang telah berlaku.. Banyak sungguh kekhilafan dan kerosakan yang telah aku lakukan.. Menyesal pun sudah tidak berguna.. Apa yang sewajarnya.. Ku susun sepuluh jari.. Memohon maaf kepada semua yang pernah berada dalam dunia aku.. Andai bahasa dan tingkah aku pernah menyentuh kehidupan zahir dan batin kamu.. Diharap masih ada ruang kemaafan untuk itu.. Sesungguhnya dengan penuh rasa rendah hati, aku ikhlaskan segala yang pernah dilakukan keatas aku.. Kerana itu yang aku harapkan daripada semua kamu..

Sedih bah :((

No comments: