USAH RiSAU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepzz Fellazz!!
Gud Nitezz at 10.34 (Untuk Dia.. Meskipon dia tidor awal hari nih) Ehehe.. Yeapzz.. Baru ja hari ni dia mesej aku setelah beberapa minggu membisu dan mendiamkan diri.. Thankz ah.. Dan aku yakin sangat kalau perasaan Risau yang dia ada telah mendorong dia untuk menghantar mesej kepada aku.. Hurmm.. Nothing to worry lol.. Aku ok saja bah..

Entah mengapa belakangan ini, macam banyak yang risau pasal aku.. Hey olz! Plz.. Korang tau ka? Kalu kamu risau dengan aku.. Means kamu ndak percaya dengan kemampuan aku.. Bila mana kamu merisaukan seseorang yang bodoh macam aku ni, kiranya kamu risau pada something yang sia-sia.. So, plz stop everything! Plus, kerisauan kamu tu membuatkan aku rasa pedih!! Sangat sakit.. Sebab aku dah menghancurkan hati orang yang baik macam kamurang semua.. :((


Banyak sangat.. Tidak ketinggalan seseorang yang menitipkan kerisauan dalam blog dia.. Hurmm.. Samapi begitu sekali kerisauan u olz dengan anak pokcik Acho ni erk.. Hahaha... Dah la wei.. Aku hokey jak bah.. Atuukuii~~ Biasalah.. Dalam kehidupan ni harus memilih.. Dah kalau teda orang baek nak kawan ngan aku, sah-sah aku rembat jer sesape.. Janji Ikhlas dan Jujur dengan aku.. Sebab penilain untuk menjadi seorang sahabat adalah menerusi dua perkara itu.. Bagi AKU laa kan.. Pendapat kamurang aku ndak tau.. 

Dan sekali lagi sekarang ini ku mohon, kamurang jangan risau apa-apa k.. Aku cuma sedang mencari jalan untuk melakukan U Turn as i mentioned on my entry sebelum ni.. Tiada apa yang aku takutkan selain mencederakan hati insan yang berusaha buat aku gembira.. Hurmm.. Mungkin kamu melihat mereka sebagai manusia hina yang tidak bermoral atau barangkali sebagai perosak.. Namun, jangan pernah di lupa kalau mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.. Paling penting untuk kamu tau, diorang ni, walaupun baru seminggu dua aku kenal.. Dah ku anggap macam kawan lama.. Sebab diorang sangat care each other termasuk dengan aku..

Bersama mereka aku rasa gembira.. Bergelak ketawa dengan cerita memasing.. Walau terkadang aku terasa malu di pandang sebagai sebahagian daripada mereka oleh masyarakat sekeliling.. Tapi, aku hanya kisah dengan pandangan Tuhan.. Memiliki mereka sebagai kawan tidaklah salah.. Cuma yang salah, bila memiliki tingkah seperti mereka.. Aku akui, kalau dengan diorang aku belajar banyak perkara negative.. Ya! Memang aku masuk pub pun.. Tapi, bukan kamu pernah cakap dulu.. 'Tak semua orang yang masuk pub tu minom'.. Kelebihan aku ikot diorang ni, aku tau banyak benda.. Tau banyak gaya dan tau semuanya pasal pub.. Pil?? Hahaha.. Tak lah expert sangat kot.. Tapi, itulah kelebihan yang barangkali orang nampak sebagai kekurangan.. Bagi aku, itu ilmu yang cikgu tak ajar kat sekolah.. Dan untuk setakat hari ini, aku masih berada di zon selamat..

Itu kenyataan aku hari ini.. Dan keadaan aku di hari esok yang merisaukan sgenap rakan yang mengenali aku.. Semalaman aku berfikir, bagaimana untuk menarik rambut pada tepung? Agar rambut tidak putus, tepung tidak berselerakan.. Hurmmm.. Kenalah jaga hati semua.. Takkan aku nak blah macam tu jak kan.. Apa kata diorang nanti? Ndak pasal-pasal aku di tuduh mempergunakan diorang lagik.. Haishh.. Tobat aku oii.. Yang pasti, Sehingga kini aku masih belum mendapat jawapan dan memikirkan cara yang paling berkesan.. Maka, aku hanya perlu membuat satu perkara.. Menyibukkan diri dengan pelbagai benda supaya aku tiada masa untuk melepak dengan diorang..

Dua jalan yang aku temui..Sebelum ini aku melaui jalan yang satu.. Namun, kesedihan saja yang aku tempuh di sepanjang simpangnya.. Kali ini, aku memilih jalan lain pula.. Kegembiraan bersama walau terkadang duka menghancurkan segala.. Namun, jalan kegembiraan ini mendapat tentangan banyak pihak.. Haruslahh aku membuat penilaian baru.. Sesungguhnya, aku hanya berserah.. Selagi aku masih mampu tersenyum menghadapi hidup, maka ku harap semua kamu Usah Risau.. Jom Tidor.. :((

No comments: