GILA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmmm..
Entah kenapa hari ini aku begitu berani melakukan perkara gila ini. Ndak tau dari mana dapat kekuatan. Tapi yang pasti, aku rasa tekanan yang teramat sangat.. Banyak benda yang menekan aku.. Tapi, satu yang paling besar adalah tentang perasaan ini.. Sunyi benar dan terasa tidak dipeduli.. Ya! Aku memang ketandusan dan kegersangan.. Aku seorang penagih cinta daripada seseorang yang sudah jauh meninggalkan aku..  Dan aku sungguh benci dengan keyataan itu..

Buat apa pun aku sudah ndak kisah.. Janji aku boleh melepaskan diri dari perkara yang mencengkam aku.. Benda ini mempengaruhi seluruh hidup ku.. Hurmm.. Aku tau, bahasa aku seolah aku sedang merayu.. Bersujud ke kaki seseorang supaya datang kepada aku.. Tapi, ini cuma bahasa lisan.. Bahasa hati yang bertentangan sedang bertarung dengan kehendak hati hakiki.. AKu harus keluar dari kepompong ini.. Kerana ia sangat menyiksakan batin aku..

Seharusnya dari dulu aku sudah bersedia tentang perasaan ini. Kerana di awal pertemuan.. Inilah ketakutan aku.. Ketakutan terlalu mencinta.. Ketakutan di kecewa.. Ketakutan rasa sakit dan sebagainya.. Aku faham.. Ini memang lumrah.. Tapi, aku tidak mampu melawan tuntutan hati yang sering mendesak supaya membiarkan aku melakukan apa sahaja.. Sehingga terkadang merasakan diri sebagai pelacur.. Meminta dan terus meminta.. Aduh!! Hina sungguh aku pada pandangan diri aku sendiri.. Dan bagaimana agaknya pandangan mata orang lain terhadap aku?

Kehinaan aku di sebabkan cinta dalam hati.. Cinta ini begitu tulus.. Ikhlas sangat.. Sehingga aku sangup melakukan apa sahaja.. Walau penghujungnya aku tau pasti.. Cinta ini tidak akan membawa kemana.. Hebat sungguh kuasa cinta.. Namun, kesedaran terus terserlah.. Aku tidak mampu mengawal.. Aku hanya menurut kehendak cinta.. Selayaknya aku digelar hamba cinta.. Paling teruk! Hamba yang tidak tahu menilai cinta.. Oh!! Gila!! Memang tidak layak aku meneruskan cinta ini..

Ramai yang menyuarakan cinta pandang pertama sememangnya sesuatu yang membahagiakan. Dan sesuatu yang memedihkan dan sukar untuk dilupakan.. Dan aku sedang melaluinya.. Untuk sekian kalinya aku tegaskan.. Belum pernah aku merasakan kebahagian yang hebat seperti sebelum ini.. Dan belum pernah aku melalui kesedihan yang seduka ini.. Meski senyum kelihatan mekar di bibir.. Namun aku semakin mati dihimpit dengan rasa duka yang semakin mencengkam! Stress yang teramat!!

GiLA!!! Sangat Gila.... Yampuiiii~~ :((


Motif Band
.:: Tuhan Jagakan Dia ::.



Sejujurnya, aku adalah diri aku sendiri.. NDak bulih aku berubah menjadi orang lain.. Aku sudah mencuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik.. Tapi, terkadang apa yang diharapkan tidak sama seperti apa yang aku fikirkan tentang pengharapan kamu.. Aku tetap akan menjadi aku.. Tidak akan lebih, kurang mahupun terbit perubahan lain..

Kekadang, ramai yang cakap aku ni lucu, sehingga lupa, senyuman yang aku ukir sebenarnya memendam sebuah luka yang sangat perit untuk di kisahkan.. Sehingga berlaku perubahan pada diri aku yang menyebabkan kamu tidak suka.. AKu tidak memaksa.. Kerana ini adalah diri aku.. Tiada sesiapa yang mampu meneka siapa aku.. Kerana aku lebih kenal dengan diri aku.. Terkadang, tangis dalam hati aku sukar untuk diberhentikan.. Malah terkadang, langsung tidak berhenti atau memberi tanda untuk berhenti..

Dan, mungkin keadaan itu menyebabkan kamu tidak selesa untuk bersama aku.. Mengenali aku.. Dan aku tiada kuasa untuk memaksa kamu.. Its okay bah.. Nothing to worry.. Sebab selamanya aku akan menjadi seperti ini.. Hidup seperti ini.. Pengharapan paling penting adalah Ikhlas dan Jujur.. Semoga aku tidak menyusahkan orang lain dalam mencari kehidupan yang bererti buat diri aku.. 

No comments: