KESUNYIAN MENANTI DIHADAPAN

Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia..

Hurmm..
Ni hari aku bangun lewat lor.. Jam 10 baru bangun.. Uhuhuhu~~ Membalas dendam setelah ndak tidor semalam.. Actually ndak mau tidor pun tuh.. Cuma, terlalu di gamit dengan kesedihan akibat kecuaian masa lalu.. 

Sesekali aku diterpa dengan masa hadapan yang begitu laju ku fikirkan.. Aku belum tiba di sana.. Namun kerisauan sudah mula menerpa.. Dia mungkin akan ke luar negara dengan kazen dia.. Hurmm.. berat pulak rasa hati nak membiarkan dia pergi walaupun sekejap.. Aku sayang dia woo.. Ok!! Aku mengaku kalau aku sayang dia bukan sebagai seorang kawan.. Lebih dari itu.. Tapi, aku ndak bulih meneruskan perasaan ini.. Aku rasa, biar kepura puraan ini terus membelenggu aku.. Dan aku yakin dengan janji masa.. ia mampu merubah segalanya..


Kedengarannya tidak confirm.. Tapi, aku rasa, lebih baik aku bersedia mengharungi keadaan itu.. Lagipun, katanya dia tidak mahu menganggu aku di kampung.. Oikzz!! Aku bukan jenis yang melupakan seseorang bila aku dikelilingi kegembiraan.. kalau aku jenis begitu, maka benarlah tuduhan itu.. Aku mempergunakan kau.. Malah aku mengalu-alukan kau untuk bersama aku.. Di sekeliling aku.. Tidak pernah ada istilah menganggu aku bila kehidupan ini ditempelkan rasa sayang pada kamu.. Tidak ada! Aku sentiasa free melainkan aku tidor..

Hamparan kesedihan semakin meluas bila tetiba dia menceritakan kisah si Kazen.. Dia serba salah sehingga meminta pendapat orang lain untuk memilih sama ada meneruskan niat untuk menjadikana ku kawan atau tidak di FB.. Ya! Mungkin kerana malu yang aku ada semakin membesar.. Seminggu berlalu.. Aku membatalkan permintaan aku itu.. Adakah aku mengaku kalah? Tidak sama sekali.. Aku cuma ingin memberikan dia masa dan mengurangkan tekanan untuk dia..

Bila aku ditujah dengan beberapa soalan oleh sang kawan aku tuh.. Tetiba aku merasakan seolah aku sedang memaksa dia untuk menerima aku sebagai kawana ku.. betul! Aku tidak mahu langsung kehilangan dia.. Aku sayang dengan dia.. Tapi, aku harus memberikan dia masa.. Kalau keihlasan itu ada.. Maka luhurnya sebuah persahabatan itu dicemburui oleh semua orang.. dan aku sungguh cemburu dengan cara dia bersahabat dengan orang di sekeliling dia..

Sesungguhnya aku sayang dengan kamu berdua.. Sayang aku dengan si Kazen sehingga aku tidak sanggup melukai hati dia untuk kali kedua.. Biarlah aku yang menunggu disini.. Tiada salahnya menunggu.. Demi untuk seorang kawan.. Namun, ketika ini aku sudah merasakan 'jarak' yang begitu jauh antara kami.. Meskipun ungkapan 'jarak bukan penghalang' itu aku adaptasi di semua sudut perhubungan lepas aku dengan dia.. Aku cuma percaya dengan kuasa Tuhan.. Dia maha mendekatkan segala-galanya..

Untuk seorang yang aku sayang ketika ini sehingga membuatkan aku sedih sendiri sebab dia ndak puasa.. Rasa nak tempeleng jer berkali-kali.. (Tak berani!! Ampon!! Hohohoho) Wahai kawan ku.. Keadaan sudah menjadi terbalik sekarang ini.. Kalau sebelum ini aku lebih rapat dengan kazen ko.. Dan kita sering ditujah dengan pelbagai masalah.. Namun, untuk ketika ini, kau yang sering bersama aku.. Aku memang pentingkan diri.. Aku sayang ko dan akan terus sayang ko.. Sekali aku cinta, maka selamanya cinta itu akan jadi milik aku.. Meskipun bahagia itu belum pernah aku salurkan kepada kamu.. Namun, kebahagiaan yang kamu berikan ini membuatkan terkuncinya kaki aku untuk melangkah dan mencari insan lain.. Cinta lalu sungguh sempurna bagi aku.. Dan, maaf.. Kalau aku akan terus menganggu dan menyusahkan kamu..

Kalau dah takdir, aku keseorangan di hari nan mulia itu.. Maka, aku redho.. Oh!! Merinduimu terlalu sakit.. Tetibe HP kene bar.. Takper.. Jap lagi pegi bayar.. Lepas tuh i mesej lagik.. Tak sabar!!

No comments: