SEKIAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Dengan deraian air mata yang masih mengalir di pipi.. Malam ini aku menulis lagik.. Tetiba tangisan menjadi kuat sangat bila di suruh 'blah'.. Bila di suruh pergi.. Di usir dari kehidupan seseorang.. Oh! Kuatkah aku melaluinya? Mampukah aku? Di bulan Ramadan yang mulia aku melangkah lagi pergi meninggalkan seseorang yang aku sayang..

Entah! Mengapa emosi ini amat hebat sekali.. Bergelodak mencari jalan untuk membetulkan semua.. Bila aku bersikap jujur dengan dia.. Namun kejujuran itu ditanda sebagai alasan yang ditafsir sebagai sesuatu untuk melindungi diri.. Oh! Tuhan.. Kenapa ini mesti terjadi pada aku? Baru sebentar aku mengecapi nikmat kebahagiaan.. Walaupun terpaksa menyembunyikan rasa kasih dan cinta dalam hati.. Kenapa di ragut semua itu? Ya Tuhan!! Kau memberikan ujian sedih pada aku.. Maka aku mohon! Berilah kekuatan pada ku..


Di herdik dengan kata yang tidak sepatutnya oleh insan yang di sayang sememangnya terasa sakit.. Malah sakitnya itu lebih perit berbanding orang lain.. Dan inilah aku.. Tidak tahan dengan semua itu.. Air mata ini senang benar terjatuh.. Rasanya, mau saja aku hantukkan kepala di dinding keraan terlupa menghantar mesej kepada dia sebaik aku selesai membuat pembayaran tadi.. Hurmmm.. Ujian oh ujian!! 

"Blah la wei".. Ungkapan yang benar-benar melemahkan seluruh sendi aku.. Rasanya mau saja aku mati malam ini.. Dan aku terpaksa akui, kalau aku akan kehilangan dia.. Mungkin ini adalah gambaran pada post aku sebelum ini.. 'Kesunyian Menanti di Hadapan'.. Tidak sangka, hadapan yang di maksudkan terlalu dekat.. Hanya beberapa jam saja membezakan post sebelum ini dengan post yang ini.. Urghh~~~

Dan sms terakhir dari aku.. Kalau benar kau ingin aku pergi.. Baiklah.. Aku akan cuba.. Doakan kejayaan aku.. Sebab sebelum ini aku sering kali gagal dalam misi pergi meninggalkan kamu.. Kegagalan aku juga di sebabkan cinta dan rindu aku pada kamu yang tidak tertanggung.. Kalau benar kau mau aku blah dari penghidupan kamu.. Maka, insya-Allah.. Berdoalah kita bersama.. Agar kelak, tiada lagi kekecewaan melanda kamu yang nantinya akan kamu ingat sehingga akhir hayat kamu.. Aku mohon sangat.. Jangan hantar apa-apa barang seperti yang telah kamu nyatakan sebelum ini kepada aku.. Aku tidak mahu menerimanya.. Cukup saja baju, kad dan kenangan yang aku simpan di sini.. Tidak ku mahu di tambah dengan sesuatu yang baru.. Sakitttt!!!

Jika kamu hantar juga, maka kiriman dengan bungkusan yang sama akan tiba kepada kamu.. Sebagai pengakhirnya.. Maafkan aku.. Halalkan segalanya.. Ampunnnn dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Terlanjur bahasa dan segalanya.. Maaf zahir dan batin.. Semoga kamu baik-baik saja.. :((

Sekian :((

No comments: