REKOD!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huhuhuhu...
Mengapakah agaknya mata aku langsung tidak menginginkan untuk di tutup nih?? Sampai detik ini (11 Malam) sudah 31 jam aku bertahan daripada tidak tidyr.. Sungguh ini satu rekod yang ndak tau mau di banggakan atau tidak.. Penat? Tidak.. Aku langsung tidak penat.. APa lagi mengantuk.. Cuma sedikit rasa dizzy di kepala.. Dan yang pasti, percakapan aku sudah tunggang langgang hari ini.. Macam hilang fokus.. Huhuhu

Macam biasa, berkonti pagi dengan si patner.. Ingatkan tadik pagi aku akan tertidor seperti hari isnin.. Rupanya tidak.. Malah aku bertahan duduk dalam konti yang sejok itu bermula jam 5 setengah pagi sehingga jam 10 pagi.. Langsung tidak keluar untuk ke bilik kecik atau kemana pun.. Just fokus on my duty!


Lepas duty.. Ada meeting pulak pasal rakaman raya.. Huh! Aku terlibat kah?? mau melarikan diri bulih?? Hohohoho~~ Untuk kali ni aku langsung tidak menerbitkan sebarang rancangan raya.. Juga tidak menerbitkan sebarang rancangan puasa.. Just light2 saja menumpang menjayakan majlis dengan menjadi pelakon tambahan dan tukang edit Jingle Promo.. Kira menyumbang jugak lah tu kan... Huhuhu.. For sure, jingle puasa dan raya blom aku mixdown lagi.. Dah clean sound pun.. Cuma nak masukkan muzik skett.. Esok kot.. Maka esok sudah ada surat atas meja untuk sesi fotografi untuk grup KIK dan rakaman carta bersama Niza.. Adesss..

Sekitar jam 12 aku menjadi driver kak Mas menuju ke Kompleks Bersepadu KPKK merangkap ohpiz baru kami untuk berurusan dengan pihak Admin dan Kewangan.. Kak Mas mau urus hal perpindahan beliau hari tuh dari Tawau ke KK yang tertangguh.. Rugi ndak menuntut.. Dah sudah disediakan.. Rembat saja lahh.. Bulih belanja aku nanti kan Kak Mass.. Hahaha~~

Lepas tuh, urusin urusan aku lax.. Ndak lama.. Sikijap saja.. Main hantar dan terus blah.. Huhuhuhu.. Ntah lah.. 'Antara Dua Hati' nampaknya sudah mula aku lakukan.. Sebenarnya masih dua hati lagi pown.. Cuma, aku redah saja.. Memudahan ini keputusan yang terbaik.. Dan memudahan dipermudahkan segalanya.. Amin~~ Semuanya ku lakukan demi untuk melihat senyum pada wajah Mak dan Bapak aku.. Huhuhu.. Ini saja yang aku mampu :((

Tanggal 17 ni merancang mau balik Tawau.. Actually cuti start 17.. Mungkin gerak balik lepas Maghrib on 16th of August.. Perjalanan 10 jam.. Aduii.. Bagaimanakan?? Agak ngeri jugak sebenarnya menyaksikan berita-berita dekat tv dan dada-dada akhbar.. Memudahan semuanya selamat lah.. Huhuhuhu.. Ngerii!! Konvoi aku ngan Kak Mas.. Kalau jadik, kawan aku si Pejok pun akan join berkonvoi sekali.. Itu pun kalu wife dia ndak melahirkan lebih awal lor..

Apa yang pasti, perjalanan itu juga akan di angkat sebagai rekod.. Sebab, selalunya aku balik Tawau dengan si Jan.. Dia yang akan jadik driver aku.. Aku? Pose cantik sambil menghiburkan dia.. Di larang tidor.. Huhuhuh Kejam sungguh budak itu.. Huhuhuhu.. Windu pulak dengan dia.. Sejak berclash dengan GF dia.. Lama dia ndak datang KK.. Huhuhuhu.. Dia ni kira makanik keta aku lah.. Kan aku ni beli keta 'Buta Buta' saja.. Huhuhu..

Adesss... Mata belom mau ngantuk lol.. Mau buat apa nih?? try untuk tido jak lah kan.. Huhuhu.. Nunitez!! Sambil berdoa, agar semuanya akan baik-baik saja.. Amin~~

No comments: