MALAM PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Hati sedikit berdebar sebenarnya mau bercerita mengenai malam pertama.. Hahaha.. Macam lucah jak ni kan.. Tidak lah.. Cuma ini kira pengalaman pertama aku bah.. Huhuhu.. Dek kerana 'penyakit' baru aku yang sukar tidor lewat.. Semua yang aku rancangkan hari ini menjadi kelam kabut.. Huhuhu.. meninggalkan rumah pada jam 11 pagi.. Terus ke Masjid negeri.. Punch in pun tidak sudah.. Lepas tuh, jam 2 baru sampai ohpiz.. Niza sudah menunjukkan muka masam beliau.. Oh! Im Sorry darlinkk.. Huhuhu.. Ndak sengaja betul..

Semalam aku sahur lebih awal daripada biasa.. Sambil menyaksikan aksi wirawati Malaysia Pandalela Rinong beraksi, aku menyuap nasi sejuk masuk dalam perot.. Dengan ditemani Milo Panas.. Mau berisi sikit bah.. Sebab aku sungguh ndak selesa di tegur oley kengkawan.. Kepala lebih besar daripada badan.. Arghh~~ Tension bah aku!!


Dalam jam 4 lebey jugak baru aku tertidor.. Bilangku ndak mau tidor sudah.. Siapa tau, sesambil meniarap di tilam menengok majalah tetiba aku bulih terlelap.. Huhuhuhu.. Semua tertinggal HP berbunyik sekitar jam 5 juga langsung aku tidak sedar.. Huhuhu!! Sedapnya aku tertidur sehingga melompat sendiri ketika melihat jam cumil menunjukkan angka hampir kepada 11.. Aku ndak kisah apa sudah ni.. terus berlari mendapatkan towel dan mandii..

Sangat kelam kabut aku hari ini.. hurmm.. Dalam perjalanan aku bermonolog sendiri.. Menyampaikan sesuatu yang sudah lama tersimpan dalam hati.. Sambil melayan lagu Christina Perry "Thousand years" dan "Jar Of Hearts" yang aku copy pegi cd aku berjudul 'Tears".. berulang kali ku dengar lagu nih.. Repeat-Repeta and Repeat.. Benci dengan semua keadaan yang sedang membelenggu aku.. Macam mana mau lari?? kalau lah si Chomel mengerti akan bahasa Manusia dan dianugerahkan mulut untuk berbicara.. Aku rasa, mesti dia akan bercakap satu ayat ini "BOSAN DENGAN PERANGAI KAU SAAT!!".. Huhuhuhu..

Dan sekarang ini, aku sudah berada di rumah.. tadik sebelum pulang, aku singgah kijap di farmasi untuk membeli beberapa pil.. ndak tau ini pil tidur atau bukan.. yang pasti, aku suh ja kasi ubat yang boleh mengactive kan sel mengatuk.. hahaha.. Main bedal saja nih.. Tapi, aku yakin dengan jururawat dekat pharmacy tuh..

Dan malam ini, kira malam pertama aku mengambil ubat itu.. Nemau amik banyak-banyak.. Ubat ni aku mau belah.. Takot ndak tebangun pulak aku bisuk.. Kan bisuk aku duty pagi.. Lepas tuh, esok masa untuk memunggah segalanya ke bangunan baharu.. Plus, esok juga masa untuk merakam dan mengedit Carta.. Sebab tadi betul-betul ndak sempat.. Huhuhuhu.. Okiezz.. Mau mandi, dan bersiap untuk tidur.. Maafkan segala salah silap aku hari ini.. gud Nitezz fellazz~~

No comments: