CABARAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Helopzz!
Sepatutnya aku sudah bersantai di rumah sekarang ni. Namun atas sebab yang nda dapat di elakkan, maka aku masih lagi setia menunggu di pejabat nih.. Hari ni macam biasa lah.. Setiap hari rabu, aku bertugas pagi.. Starting 0600 hingga 1000 pagi. Bersama Kak Mas.. Siok juga kami berdua nih.. Ketawa bukan kepalang.. For sure.. Aku ndak tau adakah itu siok sendiri atau apaaaaaakah.. Huhuhu~~

Alhamdulillah si MYTH dah maafkan aku. Dan katanya.. "Stok maaf saya dah habis" Huhuhuhu.. Maksud yang cukup dalam. Apapun, aku akan berusaha untuk tidak membuatkan dia sedih mengenai fikiran bebudak aku nih.. Hadoii~~ Bolehkah? Sedangkan semalam juga aku sudah berjanji untuk sentiasa menjaga hubungan ini dan mengelak daripada menyakiti.. Hurmm.. Ini kira cabaran yang pertama dan aku sungguh berusaha untuk tidak kehilangan dia!! Maaf!!


Cerita pasal hari sebelum semalam.. Start jam 3 petang aku berbaring di tilam di hadapan tv.. Sehingga semalam.. Jam 3 petang juga aku masih ada di situ.. Banyak perkara yang aku fikirkan. Namun tiada satu kunci jawapan yang aku temui.. Aku langsung ndak fikirkan perut aku yang berbunyi.. Badan aku yang berbau.. Serabai sungguh.. Perasaan ku macam seorang pesakit yang tenat sedang di hurung oleh sang lalat menunggu masa untuk mati.. Huhuhuhu.. Dan bila saja aku menerima sms dari MYTH.. Semangat itu terus datang!! Sungguh aku senyum sepuasnya.. Nagis jugak bah.. Huhuhu..

Bila detik duka itu berlalu.. Aku baru terasa lapar yang teramat! Tetiba teringin nak makan Bubur Ayam McD.. Tapi macam mana nak bermula?? Last-last maggie jugak yang dibaham.. Sekadar mengisi perut yang kosong.. Sambil bersandar di kerusi HP yang baru berehat setelah bersms dengan MYTH ku capai.. Kawan aku watsapp.. Katanya mau ajak pergi Zumba! Haiyarkk~~ Siyes.. Letih sebab berbaring saja kerja.. Namun dek kerana nak keluar pergi makan bubur McD jugak, maka aku iyakan.. Berzumba start jam 7 sampai jam 8 lebih.. Lepas tuh lepak sambil cerita-cerita dan balik ke rumah.. Ndak pun singgah beli bubur McD!! Huhuhuhu...

Merehatkan diri di beranda.. Memandang langit yang gemerlapan dengan bintang dan bulan yang banggar dengan sirnanya.. Tersenyum seketika melihat kekuasaan yang Maha Pemurah.. HP dalam bilik sayup-sayup berbunyik.. Hehehehe.. Dia Mizz Call lah.. Dan aku hanya hantar  emoticon senyom..! Tak sangka plak dia nak suruh aku call balik.. Huhuhuhu.. Next time aku 'noted' okeyzz...

Lepas mandi dan relax.. Masih terus ber'skype' dengan MYTH.. Dia nakal.. Sangat nakal.. Pengakuan dan perkongsian.. Macam gila ja aku rasa tersenyum sendirian di rumah yang sunyi tuh.. Hihihihi.. Semuanya berakhir pada jam 2 pagi akibat internet connection yang lembap.. Nda sempat tonton wayang penuh di YM!! Hahahaha~~~ 

Aku tidak mengharapkan semua itu.. Sebab aku tidak mahu perhubungan kami di dasari oleh unsur itu.. MYTH!! Aku sayang ko.. Dan aku tidak tahu bagaimana untuk lepaskan kau kelak!!

No comments: