KEPULANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elowzz semua!!
Lama gila ndak update entry dekat blog ni.. Rindu? Tidak la.. Sayang? Tidak jugak.. Sesaja ja bah.. Hihihi.. Hurmm.. Dulu-dulu aku pernah berjanji akan membawakan setiap update pasal diri aku di sini.. Tapi, mungkin akibat kekecewaan yang melampau, aku terdiam seketika daripada menulis sesuatu..

Dan hari ini.. 'Im Back Dude'.. Ya!! Aku sudah kembali.. Kondisi aku skung masih juga tidak begitu stabil.. Masih tetap merindui zaman kegemilangan di masa silam.. Uhuhuhu~~~ Dan kali ini aku cuba untuk bangun.. Belum berdiri.. Masih tetap ada di situ.. Duduk diam dan memikirkan cara terbaik untuk berdiri sebelum berhajat untuk melangkah jauh.. Aku sudah membelakangkan masa hadapan aku.. Dan aku sedang sendiri di sebuah daerah yang asing...

Cinta.. Sudah lama aku tinggalkan.. Setahun lebih.. Cuma kesakitan daripada rasa kasih dan sayang yang masih bersisa.. Dua orang insan yang sering bertamu di hati.. Naz Ba dan Danny Daniel.. Terima Kasih kerana sudi menghiburkan aku.. Sedikit terubat kesunyian di hati ini.. Sedikit menyemarakkan semangat dan sedikit menggerakkan tubuh aku ke arah perubahan. Bahasa rindu semakin lantang ku lontar kepada hati seorang insan yang telah termiliki.. Sumpah! Rasa bersalah itu kian merebak jauh.. Dan aku sedayanya cuba membendung ia daripada terus mengaburi mata dan fikiran aku.. Bahagia itu bukan milik aku sendiri!!

Seperti yang pernah kami utarakan sebelum ini.. Kami sekadar kawan biasa yang mungkin agak akrab berbanding insan lain. Mungkin kerana cara dia yang mudah mesra dan pandai membawa hati aku ke satu titik senyum yang berpanjangan.. Bila tersedar kembali.. Bingkas kaki aku mengatur langkah berlari jauh dari kegembiraan yang selayaknya bukan milik aku.. Dan kejadian itu berlaku setiap hari.. 

Aku masih lagi begini.. Sendiri dan tidak mengharap untuk memadu kasih di mana-mana hati.. Janji aku itu masih pasti.. Hati aku kian nazak dimamah rasa sedih yang semakin menuju ke puncak.. Aku harus bersedia untuk sebarang kemungkinan.. Supaya esok.. Tagis aku tidak sekuat hari ini...

Balik rumah jom!!

No comments: