KES HARI INI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini perasaan aku bercambur aduk.. Sedih dan gembira.. Ada dua fasa perubahan perasaan.. Ntah laa.. Aku ni maja sangat kot.. Jadik, akibat sesuatu yang sepatutnya aku terima, tapi aku tak terima hari tu membuatkan aku jadi sedih.. Aku ndak suka sebenarnya perasaan ini.. Tapi, kenapa agaknya aku memberika ia layanan yang cukup istimewa??

Mungkin jawapannya.. IYA.. sebab aku dah lama tak menerima satu perasaan yang indah ini. Namun, aku seringkali rasa takut bila kecewa itu muncul di pertengahannya.. Huwaaa.. Dulu.. Lagu yang paling menjadi kegilaan ku adalah lagu ST 12.. Saat terakhir.. Bukan sebab ada nama aku di awal tajuk lagu itu.. Cuma mungkin susunan kata dalam lirik lagu itu membuatkan aku begitu terbawa2 sehingga pernah sekali aku menagis tatkala mendengarkan lagu itu.. Dan kini, lagu kegilaan ku pulak adalah lagu Elkasih, Kau Tigakan Cinta.. Mungkin sebab aku berada dalam cinta tiga dimensi.. HAH??? Iyaaa.. Tiga dimensi.. Aku izinkan ianya terus berjalan. Kadang kala sedih menerpa.. Namun, terpaksa ku gagahi kerana aku mahu belajar berkongsi.. Namun persoalannya kini.. MAMPUKAH AKU? SUDI KAH DIA? dan AKAN BAHAGIAKAH KAMI? Huhayyy.. Bingung kan?? Tapi.. bukan itu yang buat aku sedih punn..

Gembira sangat hari ini. Setelah sekian lama ndak bertugas bersama Kak Zee.. Antara kakitangan yang paling rapat ngan aku di opis.. Aku pun ndak tau bila masa kami boleh rapat sedemikian rupa. Padahal, masa aku praktikal di tempat yg sama sekarang aku kerja, ndak pulak aku rapat sama dia.. Tapi itulah.. Keserasian akan timbul bila kita mula mencari keserasian. Dan ianya tidak akan wujud tanpa kita usaha.. Kan?? Thankz Kak Zee.. Banyak sungguh memori tercipta antara kita. Tetiba rasa sebak di dada.. Mungkinkah aku akan pergi meninggalkan kamu semua?? Huhayyy.. TAK NAK!!!!

Hari ini juga aku menjadi sedikit takut.. Sebab surat pengesahan perjawatan tu belum sampai ke tangan aku sedangkan kawa2 yg lain sume dah dapat.. Huhuhu.. DI manakah agaknya lokasi aku?? Dengar cerita, kawan aku yang di Sandakan tuh dapat di KL.. Adakah aku juga akan di letakkan di sana?? Waaaaaaa.. Aku ndak mo.. Aku ndak sedia lagi idop di kota yang penuh dengan cabaran itu.. Huhuhu.. Aku akan tinggalkan tawau ka?? Ndak bestnyaa... :((

Starting jam 6.. Aku mengendalikan tugas seperti biasa. Menghabiskan sisa sejam sebelum aku balik umah.. Lagu sedih semua ku balun.. ZIANA ZIN: Setiaku di sini.. ERRA FAZIRA: Yang Terindah Hanyalah Sementara dan SUDIRMAN: Ayah dan Ibu.. serta lagu si NORA: Dendam Dalam DIam.. Huhuhu.. Semuanya sedih.. Hampir jugak nagis.. Tapi aku masih mampu mengawal perasaan.. Cengeng bha si saat ni kan dorang?? Hahaha

Pagi tadi (21 Jan) aku menerima sms daripada seorang kawan yang sudah lama ndak sms aku.. Sudah lama kami ndak kluar lepak sama2.. Sejak aku ngan Abg Zhaf dingin ni.. Huhuhu.. Bahagia sangat.. Dan kenangan lalu terus datang menerpa.. Hebatnya masa2 dulu.. Dan sememangnya aku rindu sangat keadaan dulu.. Tapi, aku dah mula membisakan diri dengan keadaan kini.. Relax ja depan lappy ni.. Tengok drama Jipun.. Ones of my Fav lo sblm tido.. Huhuhu

Yang pasti, semua ini adalah kenyataan yang mengajar aku untuk lebih dewasa. Lebih memahami apakah ia kehidupan yang sebenar.. Belajar untuk berpijak di bumi yang nyata.. Juga belajar untuk melupakan sesuatu yang tak pasti.. Belajar untuk mengelakkan luka yang lebih parah hanya kerana sayang yang secubit cuma.. Belajar untuk sedih setelah senyum beberapa hari yang lalu.. Hohoho.. Sememangnya aku hanya insan biasa yang MANJA dan perlukan PERHATIAN.. Itu yang kamu ndak perasan pasal aku... AGAKNYA LAH :P > My Name Is SAAT :)

SELAMAT DATANG KE DUNIA REALITI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Olaaa.. Lama betul ndak ku mengintai2 blog aku ni kan.. Heheh.. Kamu harus paham.. aku sedikit sibuk dengan pelbagai kerja.. Awal tahun yang cukup menggembirakan.. Ada banyak perkara yang aku nak share pasal "SELAMAT DATANG" nih.. Hehehe

OK!! Yang pertama mengenai kerja ku.. Of coz, ini adalah berita yang paling hebat dan dahsyat sekali diletakkan sebagai pengunggul carta peristiwa hidupku di tahun 2011 ni. Aku dah dapat tawaran confirmatyion oleh pihak yang berkenaan. Sebelum ni kan aku sbg part-timer jer.. Skung dah boleh menarik nafas lega sedikit.. Bab aku dah mampu bergerak bebas sedikit.. Sikit syak pon.. Ndak banyak.. Huwahuwahuwa.. Thankz a lot to Mr Zhafrin yang sama2 hari tuh p amik exam kat KK. Ntah bagaimana keputusan beliau. Sejak we lost contact each other end of last year.. Aku dah tak tau apa2 pasal beliau.. Bukan tak nak amik tahu.. Cuma MALU nak amik tahu.. Sedar aku siapa jika di bandingkan dengan dia. Tapi, sorang kawan kami si ZUL dari labuan katanya tak dapat.. Hurmm.. Bukan rezeki utk kali ni.. Tapi, yang perlu korang tau.. Usaha tanda kejayaan :)

KEDUA. Nak ucapkan selamat datang kepada someone yang dah bertakhta di hati.. Hahahaha... Lucu kalau korang tau kisah ni.. Mesti Kamurang ketawakan aku.. Tapi, ada aku kesah?? Aku dah jatuh cinta oii.. Hahaha.. Tapi, cinta ini membuat aku bingung.. Buat aku takot dan buat aku rasa bahagia.. SO, aku misti pikir masak2 nih.. Sejak beberapa hari ni, aku rasa bahagia sangat.. Dan suka sangat guna huruf "I" dan "U" ketika berkomunikasi.. Hahaha.. Jangan plak kamu muntah ar kalau aku berI-U sama kamu.. Jangan jelous you all.. I dah ader scandal baruu :P

KETIGA. Huh.. Masuk bab sedih2 lax.. Hadoii.. Sebelum ni, aku rasa sedih jak.. Especially in d'End of 2010. Kawan2 aku mula menjauh.. Dan aku mula belajar melangkah kan kaki secara solo.. Pertamanya aku ndak begitu biasa.. Rasa mcm ada yang tidak lengkap.. Dan akhirnya.. Kini aku berjaya melaluinya secara total.. Dan aku dah bahagia kini. Meskipun aku kadang kala tidak mampu menanggung rasa rindu ngan mereka. Especially bila melihat sesuatu yang mirip milik mereka. Hahaha.. Cerita apakah ini?? Arghhh... Bikin rusak perasaan hepi jak bha.. Huhayy..

KE-4. Ari tuh aku g Felda utk memeriahkan Program GDGW-Joma Masuk ke Felda. Ada ramai artis.. Dan ada ramai jugak Dj dari Muzik Fm yang datang.. Best bekerjasama ngan dorang tuh.. Yang ebatnya, aku banyak mengahabiskan masa dengan berenang ja.. Pida, Kak Zee, Abg Im, si Ariff, si Bahar... Dan paling best, dereba kami pun joint mandi bersama.. Best gilakk.. AKu memang suka berenanag.. Tapi kalau di suh wakil negara.. Kompom kalah. Hahaha :P

Ungkapan Selamat Datang pastinya ku tujukan spesel untuk my beloved ones.. Thankz for coming.. Dan, jangan curik apa2 dalam hati i.. Jangan guris apa2 dalam dinding hati i.. Sebab i takot, bila u nak keluar nanti, i akan rasa kepedihan yang lebih dahsyat daripada biasa.. I tak nak bagi apa2 harapan kat u.. Cuma, i akan lakukan yg terbaik utk kita k.. Miz u much dis ----> (.) Ahahaha.. Kidding :)

Ok lah olz.. Mengantuk plak aku sudah ni.. Esok lusa kalau ada masa, pandai lah aku mencoret2 lagi sini.. Datang2 la kamu tengok2 yaa.. Kaki aku pun dah kebas ni.. Eh, maksud aku.. Jari jemari aku dah kebas menaip.. Apa2hal.. Sentiasalah mengalu-alukan sesuatu yang baik utk datang berkunjung ke hati kita.. Sambut semua yang datang dengan senyuman.. Dan tidak seharusnya perpisahan diakhiri dengan tangisan.. My Name Is SAAT :)

DUA KOSONG SATU KOSONG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hai Olzz.. Lama sangat tak menulis.. Almost 3 minggu tak jenguk blog ini. Besalah tu.. Kalau dah buat updated, means ada sesi cur-hat yang mau di kongsi berama.. Huhuhu..

Hari ini dah 7 Jan 2011.. Tak sedar, dah 7 hari dalam new year.. Aku?? Masih lagi begini.. Menanti sesuatu yang belum pasti.. Azam?? as usual, aku bukan seorang yang suka meletakkan azam setiap tahun. Aku hanya ada matlamat hidup yang mesti aku lakukan dalam tempoh rasional yang aku sendiri tentukan. Jadi, sekurang2nya aku belajar untuk merancang, dan aku merancang untuk suatu tempoh masa.. Bila ia tiba, biar masa yang menjawabnya.. Hehehe

Tahun 2010 memberi banyak kenangan manis dalam hidup aku. Ramai kawan, pekerjaan semakin kukuh meskipun belum begitu stabil, juga mula belajar menonjolkan diri dalam khalayak.. Aku menilai diri aku sebagai seorang yang pemalu, lanjik, over, becok dan kadang2 saja serius.. Tidak suka yang terlalu formal, banyak rahsia dan sering menilai sesuatu berdasarkan pemerhatian diri sendiri. Itu sebahagian penialain saya terhadap diri saya sendiri..

Sepanjang tahun 2010.. Banyak kenangan manis tercipta, banyak memori luka melanda tidak kurang banyak hati yang terluka oleh aku. Minta maaf.. Aku tiada benda lain.. MINTA MAAF.. Seikhlasnya.. Tahun 2010 yang sudah berlalu banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.. Banyak mengatur aku ke arah seorang yang berprofesionalisme.. Kadang2 terpeleot jugak aku dari landasan.. Namun aku cuba bangun untuk menghayun langkah lebih gah ke hadapan. Kerana, setiap kali jatuh, cara bangunnya adalah lain.. Falsafah sikit lol..

KENANGAN MANIS: Haaaaaa.. Dalam tahun 2010 lalu, banyak kenagan manis telah ku ciptakan bersama kawan2 ku.,. Pergi ke Filipina adalah satu memori yang tak mungkin aku lupakan.. Tahun 2010 juga memperlihatkan aku berjaya mencapai satu lagi matlamat dalam hidupku. Memiliki si COMEL.. Melakar sejarah persahabatan dengan ramai orang di seantero Malaysia.. Berkenalan dengan dia yang bernama JIJAN, RAIN, FENDI, dan beberapa orang lagi yang aku dah lupa kerana dah lama tak kluar lepak.. Huhuhu..

Tahun 2010 juga memperlihatkan aku semakin berani menerima pelbagai tawaran mengacara majlis., Thankz to Mr. Zhafrin for giving an opportunity also a tips for being a gud MCs. Also to all of u guys yang tolong menyebarluaskan empire pengacaraan ku. Mungkin ada yang kurang berpuas hati berkenaan presentation aku.. Sory sangat2.. Kerana aku masih dalam proses pembelajaran..

OPIS.. Hahaha.. Satu tempat yang sungguh memberikan keceriaan kepada aku.. Memang kalau ke office, semua benda dalam kelambu pun di cerita. Sebab aku seorang yang suka melawak dan bercakap lepas. Yang boleh terima, Alhamdulillah, yang tak boleh?? Huhuhuhu.. Saya akan belajar utk menjadi lebih sopan dear.. :P.. Satu ketika, kerana BLOG, aku umpama kera sumbang di pejabat.. Meluahkan semuanya tanpa selindung.. Tak sangka, beliau menemukan dan menyelongkar BLOG ku dan menemui segalanya.. Alhamdulillah.. keadaan masam2 tidak berlarutan lama.. Terima kasih kerana menerima maaf seorang adik yang masih memerlukan bimbingan :)

KAWAN: Naaa.. Ini lah dia.. Tahun 2010 merupakan tahun yang cukup memberikan pengajaran kepada aku mengenai dunia persahabtan. Aku diajar bagaimana untuk menghargai kawan.. Aku diajar bagaimana untuk belajar menerima kawan. Tapi, aku selalu lupa belajar untuk menjaga hati kawan.. Lupa untuk menghargai kawan dan lupa untuk menggembirakan kawan. Adat manusia, bila dah terhantuk baru akan terngadah.. Bila dah rasa sakit, vbaru akan cari ubat.. Aku melalui hujung 2010 dengan penuh cekal.. Kesedihan di tinggalkan sahabat itu sangat pedih.. Belajar melaluinya sendiri dan Alhamdulillah, aku berjaya mengharunginya meskipun kadang kala aku merasa kesunyian yang amat. Untuk yang kesekian kalinya, aku memohon maaf kepada Mohd Zhafrin Nordin, Al Umar Yusuf, Azizan dan Mohd Nazrieyanshah, Rafidah Gapar, Noraziana Wahab, atas keterlanjuran ku yang langsung tidak tahu menghargai sebuah persahabatan.. Terima kasih atas segalanya dan halalkanlah makan dan minum ku selama bersama2 dengan kamu., Jika aku mempunyai hutang, tuntutlah segera kepada ku, jika aku dah tiada, maka tuntutlah dengan keluarga2 ku.,. Kerana itu akan membuetkan aku lebih tenang..

2010... Banyak meninggalkan memori yang penuh erti..
2010... Banyak memberikan inspirasi sebuah dunia realiti..
2010... Banyak mencipta kreativiti yang terkadang mati..
2010... Banyak mendatangkan konspirasi di dalam diri..

Rasa takut, Kerana aku sudah terlalai
Rasa sunyi, kerana aku sudah terlebih
Rasa sedih, Kerana aku yang mengingini
Rasa payah, kerana aku masih mencari

Terima kasih atas perhatian
Terima Kasih atas pertolongan
Terima kasih atas keluangan
Terima kasih atas kesempatan

Tinggalkan 2010 dengan penuh cita-cita untuk tidak berjalan atau berlari..
Tinggalkan 2010 dengan penuh keinginan untuk teris berdikari..
Tinggalkan 2010 dengan penuh visi di hati..
Tinggalkan 2010 dengan penuh keinsafan menghiasi diri..

My Name Is SAAT :)

PALAT SEMACAM HAMPEH..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari-hari kulalui dengan penuh gembira. Kutip pengalaman dan belajar dari persekitaran.. Belajar dengan bunyi-bunyian dan cerita-cerita sekeliling. Serta, menikmati hidup yang entah bila akan tamat.. Mudah2an kita semua panjang umur yaa.

Hampeh?? Memang hampeh. Semangat yang berkobar2 untuk menambah mutu kerja tiba2 dirosakkan oleh satu perasaan yang palat. Benci bila unsur tidak adil berlaku di sekeliling ku. Aku sering menjadi mangsa untuk dijadikan pengajaran kepada warga lain. Mungkin kerana aku tidak seperti yang lain. Kalau kamu mengenali aku secara peribadi, kamu akan dapati satu ruang perbezaan yang besar dan boleh menilai bilakah masanya aku suka atau marah. Aku suka? Memang aku gila.. Aku marah atau endak selesa? Aku akan diam dan senyum macam kambing yang ndak cukup makan tuh. Kalau ku ingat balik.. Adusss.. Dan, aku sudah buat keputusan, ndak mau cadang apa-apa. Bukan merajuk, tapi, simpan dulu.. biarlah aku kasi kepada yang mau.

Last-last, ada jugak yang perasan tentang perubahan mood ku yang ceria tu tiba2 down. Termasuklah dia. Ahhh.. Ada aku kesah?? Memang la ADA!!! Aku ndak pandang kau pun.. Aku pandang kepuasan pelanggan bha.. Tapi, ndak tau la.. Malas aku.. memang palat baccat tambling lah.. Ahhhh.. Enak!!! My Name Is SAAT (mcm mana emotikon marah erk?)

SEMALAM YANG HANGAT..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Huwarghh.. Bukan bermakna aku mengantuk.. Cuma meregang2kan badan yang terasa letih setelah tidur beberapa jam. Hihihihi.. Dan sekarang, hujan membasahi bumi Tawau. Sejuk dan nyaman bersatu sejurus semuanya selesai..

Sebenarnya aku malas mau cerita pasal kejadian semalam dan hari ini. Ntah kenapa aku tiba2 te'klik' pautan new post. Hahaha.. Jadi aku kongsi sikit2 jak la yaa.. Semalam aku bejumpa sama si kawan ku. Yang sudah lama aku cari.. Sudah lama aku mau jumpa. Namun, aku lepak2 sendiri di bawak rumah, tiba2 muncul pulak dia. Hahaha.. Layan jea lah.. Beketawak jak keja kami. Di gerodoknya si comel. Ndak tau apa yang dia cari.. Aku hanya merelakan dan kadang kala tergelak dengan tingkahnya yang terkadang kelihatan lucah.. Hihihi

DAN, malam tadi jugak, si 'dia' datang. Aku seperti yang telah di setting, akan berlakon sedaya upaya untuk memastikan aku masih berpeluang untuk menjadi kawannya. Yang pasti, bukan aku yang berkeinginan untuk ketemu.. Tapi si 'dia' yang teringin. Aku iyakan sahaja. Pertemuan yang singkat, namun penuh bermakna.. Ndak berani untuk menyuarakan yang tersimpan sebab takut akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah.. Biarlah dia tahu bagaimana aku menghargainya sebagai seorang kawan. Meskipun aku hanya sebagai pelakon. Aku yakin, lakonan aku bukan palsu.. Kerana itulah selayaknya aku lakukan untuk memastikan KAMI akan terus tersenyum bersama. Dan aku berjaya membawa dia ke suatu daerah yang mudah2an akan membawa sinar kepada perhubungan suatu masa lampau.. What a suprise!

DAN, malam tadi juga aku berkesempatan sekali lagi menjejakkan bagunan megah Yayasan Lau Gek Poh. Untuk kesekian kalinya aku akan beraksi sebagai pengacara majlis persandingan satu lagi pasangan pengantin baru Sabtu ini. Yang pastinya, hari itu akan memperlihatkan aku beraksi solo. Sebelum ini bersama dengan pasangan.. Namun, bagaimana kesudahannya?? Seperti biasa, aku mengharapkan yang terbaik!

MALAM TADI juga berlangsung Majlis Reunion Mini antara aku dan KIKI dan FIFI. Tersenyum seketika bila menyaksikan Jam Tangan yang dihadiahkan oleh FIFI kepada AKU, KIKI dan NUZUL. Meskipun jam itu adalah 'biasa' namun nilainya teramatlah 'Luar Biasa' bila diberikan oleh seorang sahabat dan digayakan oleh seorang yang memang KIUT dan COMEL ketika memakai jam.. Hahahha :P Agak lama jugak kami bergelak ketawa di Olive Pasta & Pizza Bistro tuh, tempat kerja si Nuzul. Selepas itu, aku antar si Nuzul pulang dan aku, dia dan DUA ORANG sepupunya melepak di Kubota Square, Fire Ball. Jam 12.00 begitu kami pulang.

TAPI, aku ndak berjumpa dengan My Beloved Pwendz: Abg Zhaf, Mai, dan Rien sebab aku telah set temu janji dengan si 'dia' itu.. Hehehe.. Sorry pwendz.. Need to "lanjik2" sometimes.. and I've done it WELL.. Kakakaka.. My Name Is SAAT :)